Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Dan bermula perkara yang membatalkan sembahyang itu beberapa perkara;



  1.   Berkata-kata dengan sengaja. (Maksud berkata-kata di sini adalah yang selain dari hak dan tuntutan dalam sembahyang).
  2. Terbuka aurat dan jika sedikit sekalipun.
  3. Bergerak-gerak 3 kali berturut-turut daripada anggotanya. (Anggota yang dimaksudkan adalah anggota besar. Namun jika menggerakkan anggota sekalipun dengan qosad bermain-main maka batal sembahyangnya).
  4. Makan atau minum dan jika sedikit ia sekalipun. (Yang dikatakan sedikit sekalipun walau seperti kita menelan cebisan kayu sugi sekalipun, maka itu membatalkan sembahyang kerana diistilah sebagai makan. Masalah dengan minuman yang berpewarna, harus diambil berat. Jikalau setelah meminum minuman tersebut dan warna minuman itu masih hadir jika kira meludah, nyata pada warna air liur / ludah itu maka jika ditelan semasa sembahyang maka batal sembahyangnya. Sayugia dijauhi meminum minuman berpewarna sebelum sembahyang).
  5. Datang hadas kecil atau besar.
  6. Datang najis atas badannya atau pakaiannya.
  7. Menambah rukun fi'li (perbuatan) dengan sengaja.
  8. Dipanjangkan rukun yang pendek seperti iktidal dan duduk antara dua sujud.
  9. Berpaling dada daripada kiblat.                                                                      (Selalu berlaku apabila memberi salam kekanan dan kiri. Akibat melebih-lebihkan perbuatan berpaling tersebut. Yang dikehendaki adalah berpaling sekadar jemaah dibelakang nampak pipi kita).
  10. Syak pada niat zuhur atau asar.
  11. Syak pada takbiratulihram.
  12. Datang murtad keluar daripada agama islam.
  13. Berdehem melainkan kerana membetul akan  bacaan yang wajib seperti fatihah.
  14. Tertawa keluar suara maka jika tiada suara tiada batal.
  15. Niat membatalkan sembahyang dengan ta'lik datang seteru umpamanya atau syak pada membatalkan akan dia.
Dan setengah daripada yang membatalkan sembahyang itu kembali ia kepada sunat kemudian daripada terpakai dengan fardhu seperti lupa tasyhahud awal umpamanya maka teringat ia kemudian daripada berdiri betul maka tiada boleh lagi kembali kepadanya kerana batal dan tetakala begitu ditampal akan dia dengan sujud sahwi seperti lupa qunut jua, wallahu a'lam.


Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 15 baris 5 dari atas.

Syarat Sah Mendirikan Jumaat (Samb)

Dan kata Sheikh Ibnu Hajar syarat sah jumaat itu, qari (betul bacaan), sah jadi imam sekalian orang yang 40 itu. Dan kata Sheikh Ramli sah jumaat dengan 'ummi' yang tiada taksir (tiada cuai) pada belajar dan jika tiada sah jadi imam sekalipun dengan syarat imam itu qari (betul bacaan). Dan jika taksir (cuai pada belajar) ia maka tiada sah dengan iktifak dua sheikh itu (Sheikh Ibnu Hjar & Sheikh Ramli) dan yang banyak pada kebanyakan didalam Tanah Jawi ini ummi yang taksir, tiada belajar dengan bersungguh-sungguh maka tiada sah jumaat. Wajib zuhur melainkan jika taklid kepada kaul yang mencita ia dengan sah jumaat kurang daripada 40. Dan dipilih oleh imam Nawawi akan kaul yang sah jumaat dengan 12 orang tetapi dengan syarat qari (betul bacaan) sekelian mereka itu, kemudian disembahyang zuhur maka sah jumaat itu atas ini kaul yang dhoif. Dan perkara jumaat yang sah dengan iktifak itu amat payah maka kerana sah ia dengan iktifak ulama.

wallahu a'lam

Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 17 baris 1 dari bawah dan  Muka surat 18 bari 1 hingga 9 dari atas.


Syarat Sah Mendirikan Jumaat

Syarat sah Jumaat itu beberapa perkara:

  1. Mendirikan Jumaat itu di dalam tempat orang banyak tetap padanya.
  2. Sempurna bilangan 40 laki-laki yang akil baligh.
  3. Mustautin sekelian mereka itu pada tempat jumaat itu.
  4. Tiada berbilang jumaat di dalam tempat itu.
  5. Tiada tiada seorang ummi yang taksir pada belajar di dalam 40 itu.
  6. Mengetahui mereka itu akan segala syarat sah jemaah dan iaitu telah lalu bilangannya.
  7. Mengetahui akan segala rukun khutbah.
  8. Mendengar mereka itu akan sekelian khutbah.
  9. Di dalam waktu zohor.
  10. Sembahyang itu kemudian daripada khutbah.
  11. Niat imam dan makmum di dalam takbiratul ihram.
  12. Mualat antara khutbah dengan sembahyang itu maka kerana inilah tiada sunat bagi imam membaca doa kemudian daripada Qamat.

Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 17 baris 9 dari bawah.

wallahu a'lam

Meratap-ratap (berbiji sabak) keatas kematian

  Dan sabda Nabi S.A.W;


Datang orang yang meratap-ratap atas mayat itu pada hari kiamat yakni pada muafakat ia seperti menyalak anjing dan ini menunjuk atas bahawasanya meratap-ratap atas mayat itu daripada dosa besar.


wallahu a'lam


Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 195, baris 5 dari atas.

10 Syarat sah berjemaah

Dan syarat sah sembahyang jemaah itu sepuluh. 



  1. Niat mengikut dengan imam didalam takbiratulihram atau kemudian daripadanya tetapi dahulu dari pada rukuk.
  2. Takhir takbir makmum daripada sekelian takbir imam atau mubalig. Jika tiada mendengar ia akan takbir imam seperti di dalam Masjidil Haram.
  3. Jangan mendahulu kakinya daipada kaki imam.
  4. Di dalam tempat yang satu, sekira-kira tiada suatu yang menegah ia akan lalu pergi kepada tempat imam itu jika jemaah pada tempat yang lain daripada masjid.
  5. Mengetahui akan sekelian perbuatan imam.
  6. Iktikad makmum akan sah sembahyang imam itu dengan sempurna segala syarat sahnya dan sucinya dan muafakat ia dengan dia pada kiblat.
  7. Jangan takhir ia daripada imam dengan dua rukun fi'li (rukun yang dibangsa dengan perbuatan).
  8. Jangan dahulu daripadanya dengan dua rukun fi'li. Dan jika dahulu daripadanya satu rukun itu maka haram berdosa besar dan kata setengah ulama; batal dan jika serta dengan imam pada perbuatan maka makruh tiada pahala jemaah itu.
  9. Muafakat ia dengan aturan sembahyang imam pada segala perbuatannya yang zohir.
  10. Muafakat ia dengan imam pada yang jahat bersalahannya seperti sujud sahwi dan tilawah dan tasyahud awal, wajib atas makmum mengikut akan dia.
Rujuk: Majmuk Thalathah Rosail. Muka Surat 16, Baris No 14 dari atas.

Wallahu a'lam



Menziarah Makam Nabi S.A.W

Dan riwayat dari Katni rahimullahitaala; Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:


Mahfumnya:


Barang siapa ziarah akan kubur ku (Makam Nabi S.A.W), adalah aku menjadi syahid (Menyaksi) dan mensyafaatkannya dan barang siapa mati di dalam salah satu dari dua Haramain (2 Tanah Haram) yakni tanah haram Mekah dan tanah haram Madinah, dibangkitkan dia oleh Allah Taala pada hari kiamat dari orang yang sentosa.


Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka Surat 192, Baris No 3 dari atas.


wallahu a'lam



Azab Kubur

Dan sabda Nabi S.A.W, jikalau bahawasanya segala anak Adam mengetahui mereka itu akan azab kubur nescaya tiada memberi manfaat akan mereka itu kehidupan pada dunia. Maka minta berlindung oleh mu kepada Allah Al Karim daripada seksa kubur yang sangat berat.

(Dan pada hadis) yang Hasan bagi Hakim daripada Abi Zar, jikalau mengetahui kamu akan barang yang aku ketahui, yakni daripada huru hara kemudian daripada mati nescaya sedikit tertawa-tawa kamu dan banyak menangis kamu.
Dan pada setengah riwayat; nescaya tiada lalu bagi kamu makanan dan tiada lalu bagi minum.

wallahu a'lam

Sumber: AlJauharul Mauhub Waminbihatulqulub. Muka surat 190. baris 3 Hingga 8.

Keras Hati

Kerasnya hati manusia adalah kerana beberapa sebab yang dilakukannya seharian tanpa disedari manusia itu sendiri. Oleh itu apakah yang menyebabkan hati kita menjadi keras dalam menerima kebenaran dan nur islam.Kerasnya hati manusia adalah kerana adanya kesenangan dalam hati setiap insan. Tanda bila hati kita semakin keras:

1. Rela kepada nafsu:  Membiarkan kepada apa yang disukai oleh nafsunya.
2. Melupakan bahaya nafsu:  Melupakan kesudahan yang membawa kerosakan yang berpanjangan bila mengikut nafsu.
3. Selalu mengikut nafsu: Sentiasa menurut kehendak nafsu.

Oleh itu awasilah oleh mu akan binasanya bawaan nafsu.

wallahu a'lam

Mutiara Kata

Orang mukmin memandang dosa seperti bukit yang hendak menimpa dirinya.

Orang munafik memandang dosa seperti lalat yang hinggap dihidungnya.

wallahu a'lam