Menyebut Mati.

Kata Qurtubi di dalam tazkirahnya;
"Barang siapa membanyakkan menyebutkan mati, dimuliakan akan dia dengan 3 perkara:"

1.  Segera taubat.
2.  Qonaa' yakni memadai dengan barang yang datang daripada allah.
3.  Gemar dan rajin pada mengerjakan ibadah.

Dan barang siapa lupa menyebutkan mati disiksakan dia dengan 3 perkara:

1.  Mentakhirkan taubat (bertangguh dalam bertaubat).
2.  Tiada redha dengan barang yang memadai akan dia.
3.  Segan (malas) pada mengerjakan ibadah.

Dan sabda Nabi S.A.W;
"Jikalau mengetahui binatang akan barang yang kamu ketahui daripada mati nescaya tiada dapat kamu makan akan yang gemuk daripadanya.  -   wallahu a'lam

Marilah kita sama-sama kita renungi diri kita, dimanakah diri kita tempatkan dalam perlumbaan mengerjakan amal ibadah untuk bekalan di hari yang dihitung setiap perbuatan kita.
Semoga allah jadikan kita di kalangan hamba-hambanya yang mendapat keredhaannya yang bernaung dibawah arasy' nanti.  - Amin.

wallahu a'lam.

3 comments:

Sabri Ibrahim berkata...

Ini adalah artikel yang baik.

Sesungguhnya, awak akan sentiasa mendapat pahala apabila ada orang yang membaca artikel yang baik.

Kerana apa jua yang baik seperti artikel yang menyuruh yang baik, bercakap yang baik dan sebagainya akan dikira ibadat.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam,

Pertama kali membaca blog tuan. Saya lama mengenali bijigetah melalui DD. Bila Wakjeng kenalkan bolg ini dapatlah saya menambah ilmu melaluinya.

Tahniah dan terima kasih dengan ilmu yang dipaparkan ini.

Semoga daat dimanafaatkan kepada yang membacanya.

Wassalam

coretankasih berkata...

Terimakasih atas kesudian enta ziarah blog ini.