Memaparkan catatan dengan label Faedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faedah. Papar semua catatan

Dikatakan ...

Dikatakan :- 

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- 

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 

۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 

۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. 

۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. 

۞ Syaitan kata, "JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG" Sebarkan biar umat islam mengetahui  TARIKH PENTING TERDEKAT:



Kredit: Sumber

Faedah Amal

(Dan tersebut) di dalam kitab البركة daripada Jaafar As Sadiq r.a.

Mahfumnya;

Panjangkan oleh kamu akan duduk atas hidangan serta segala saudara, maka bahawasanya masa itu tiada dikira-kirakan dia daripada umur kamu.

(Dan pada hadis) makan serta segala saudara itu menyembuhkan penyakit.

(Dan daripada) Nabi S.A.W barang siapa menolak (menutup) daripada kemaluan (aib) saudaranya dengan ghaib (tiada hadir disitu akan saudaranya) sebenarlah atas Allah Taala bahawa merdekakan dia dari api neraka.

(Dan sabda Nabi S.A.W) barang mana hamba berkata

 لااله الا الله الحليم الكريم سبحان ربالعرش العظيم الحمد الله رب العالمين

sebenarlah atas Allah Taala bahawa diharamkan dia dari api neraka.

(Dan daripada Nabi S.A.W) barang siapa berkata pada pagi-pagi 

لااله الا الله والله اكبر

dimerdekakan dia (oleh) Allah Taala daripada api neraka.

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 202, baris 3 dari atas hingga baris 10 dari atas.





Sambungan Faedah

(Dan daripada) Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, daripada Nabi S.A.W; Barang siapa berjalan serta saudaranya, pada satu hajat maka membaik (berbuat baik kepada saudaranya) ia, akan dia padanya. Nescaya menjadi (dijadikan oleh) Allah Taala antaranya dan antara api neraka, tujuh(7) kota. Barang yang antara satu kota dan satu kota itu sperti barang yang antara langit dan bumi.

(Dan tersebut) didalam kitab طبكات الأنقياء daripada Nabi S.A.W; barang siapa mengucap Takbir pada tatkala masuk matahari atas tepi laut (matahari mulai terbenam) dengan mengangkat suaranya, nescaya diberi (oleh) Allah Taala daripada pahala dengan membilang-bilang titik air laut akan sepuluh (10) kebajikan dan dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kejahatan dan diangkat baginya sepuluh (10) darjat.


Wallahu a'lam

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 201, baris 7 dari bawah hingga habis muka surat.


Faedah

(Ketahui olehmu) bahawasanya datang warid daripada Nabi S.A.W, sabdanya; tiada daripada 2 orang yang bekasih-kasih pada Allah, berhadapan salah seorang daripada keduanya akan taulannya maka berjabat tangan ia. Akan dia dengan mengucap selawat keduanya atas Nabi S.A.W, tiada bercerai keduanya hingga diampun akan dosa keduanya (dosa kecil) barang yang terdahulu daripadanya dan barang yang terkemudian. 

Dan pada hadis Bukhari daripada Nabi S.A.W, barang siapa sembahyang dahulu daripada zohor 4 rakaat dan kemudian daripadanya 4 rakaat, diharamkan dia (oleh) Allah Taala daripada api neraka.

Dan daripada Nabi S.A.W, barang siapa sembahyang 4 rakaat kemudian daripada gelincir matahari, membaikkan bacaannya dan rukuknya dan sujudnya, sembahyang sertanya 70 ribu malaikat dan meminta ampun mereka itu (malaikat) baginya hingga malam.

Wallahu a'lam

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 201, baris 9 dari atas hingga baris 18 dari atas.