Faedah Amal

(Dan tersebut) di dalam kitab البركة daripada Jaafar As Sadiq r.a.

Mahfumnya;

Panjangkan oleh kamu akan duduk atas hidangan serta segala saudara, maka bahawasanya masa itu tiada dikira-kirakan dia daripada umur kamu.

(Dan pada hadis) makan serta segala saudara itu menyembuhkan penyakit.

(Dan daripada) Nabi S.A.W barang siapa menolak (menutup) daripada kemaluan (aib) saudaranya dengan ghaib (tiada hadir disitu akan saudaranya) sebenarlah atas Allah Taala bahawa merdekakan dia dari api neraka.

(Dan sabda Nabi S.A.W) barang mana hamba berkata

 لااله الا الله الحليم الكريم سبحان ربالعرش العظيم الحمد الله رب العالمين

sebenarlah atas Allah Taala bahawa diharamkan dia dari api neraka.

(Dan daripada Nabi S.A.W) barang siapa berkata pada pagi-pagi 

لااله الا الله والله اكبر

dimerdekakan dia (oleh) Allah Taala daripada api neraka.

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 202, baris 3 dari atas hingga baris 10 dari atas.





Related Posts:

  • Dikatakan ... Dikatakan :-  ۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.  ۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.  ۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian… Read More
  • Faedah Amal(Dan tersebut) di dalam kitab البركة daripada Jaafar As Sadiq r.a. Mahfumnya; Panjangkan oleh kamu akan duduk atas hidangan serta segala saudara, maka bahawasanya masa itu tiada dikira-kirakan dia daripada umur kamu. (Dan pad… Read More
  • Sambungan Faedah(Dan daripada) Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, daripada Nabi S.A.W; Barang siapa berjalan serta saudaranya, pada satu hajat maka membaik (berbuat baik kepada saudaranya) ia, akan dia padanya. Nescaya menjadi (dijadika… Read More
  • Faedah(Ketahui olehmu) bahawasanya datang warid daripada Nabi S.A.W, sabdanya; tiada daripada 2 orang yang bekasih-kasih pada Allah, berhadapan salah seorang daripada keduanya akan taulannya maka berjabat tangan ia. Akan dia dengan… Read More

0 comments: