Syarat Sah Mendirikan Jumaat (Samb)

Dan kata Sheikh Ibnu Hajar syarat sah jumaat itu, qari (betul bacaan), sah jadi imam sekalian orang yang 40 itu. Dan kata Sheikh Ramli sah jumaat dengan 'ummi' yang tiada taksir (tiada cuai) pada belajar dan jika tiada sah jadi imam sekalipun dengan syarat imam itu qari (betul bacaan). Dan jika taksir (cuai pada belajar) ia maka tiada sah dengan iktifak dua sheikh itu (Sheikh Ibnu Hjar & Sheikh Ramli) dan yang banyak pada kebanyakan didalam Tanah Jawi ini ummi yang taksir, tiada belajar dengan bersungguh-sungguh maka tiada sah jumaat. Wajib zuhur melainkan jika taklid kepada kaul yang mencita ia dengan sah jumaat kurang daripada 40. Dan dipilih oleh imam Nawawi akan kaul yang sah jumaat dengan 12 orang tetapi dengan syarat qari (betul bacaan) sekelian mereka itu, kemudian disembahyang zuhur maka sah jumaat itu atas ini kaul yang dhoif. Dan perkara jumaat yang sah dengan iktifak itu amat payah maka kerana sah ia dengan iktifak ulama.

wallahu a'lam

Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 17 baris 1 dari bawah dan  Muka surat 18 bari 1 hingga 9 dari atas.


Related Posts:

  • Sembahyang(Ketahui) oleh mu akan bahawasanya orang yang meninggalkan ia akan sembahyang itu sangat besar dosanya dan satu waktu sekalipun dan jika mengerjakan akan dia didalam waktunya maka terlebih besar pahalanya, daripada amalan yan… Read More
  • Syarat Sah Mendirikan Jumaat (Samb)Dan kata Sheikh Ibnu Hajar syarat sah jumaat itu, qari (betul bacaan), sah jadi imam sekalian orang yang 40 itu. Dan kata Sheikh Ramli sah jumaat dengan 'ummi' yang tiada taksir (tiada cuai) pada belajar dan jika tiada sah ja… Read More
  • 10 Syarat sah berjemaahDan syarat sah sembahyang jemaah itu sepuluh.  Niat mengikut dengan imam didalam takbiratulihram atau kemudian daripadanya tetapi dahulu dari pada rukuk. Takhir takbir makmum daripada sekelian takbir imam atau mu… Read More
  • Kenapa jadi begini? Mutakhir kini berbagai perkara yang tidak layak bagi makhluk yang bernama manusia melakukannya. Kerana akal yang diberikan oleh allah. Sayangnya manusia semakin menjadi lebih kejam dari haiwan. Sanggup mencampakkan zuriat ha… Read More
  • Syarat Sah Mendirikan JumaatSyarat sah Jumaat itu beberapa perkara: Mendirikan Jumaat itu di dalam tempat orang banyak tetap padanya. Sempurna bilangan 40 laki-laki yang akil baligh. Mustautin sekelian mereka itu pada tempat jumaat itu. Tiada berbilang… Read More

0 comments: