Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Dan bermula perkara yang membatalkan sembahyang itu beberapa perkara;



  1.   Berkata-kata dengan sengaja. (Maksud berkata-kata di sini adalah yang selain dari hak dan tuntutan dalam sembahyang).
  2. Terbuka aurat dan jika sedikit sekalipun.
  3. Bergerak-gerak 3 kali berturut-turut daripada anggotanya. (Anggota yang dimaksudkan adalah anggota besar. Namun jika menggerakkan anggota sekalipun dengan qosad bermain-main maka batal sembahyangnya).
  4. Makan atau minum dan jika sedikit ia sekalipun. (Yang dikatakan sedikit sekalipun walau seperti kita menelan cebisan kayu sugi sekalipun, maka itu membatalkan sembahyang kerana diistilah sebagai makan. Masalah dengan minuman yang berpewarna, harus diambil berat. Jikalau setelah meminum minuman tersebut dan warna minuman itu masih hadir jika kira meludah, nyata pada warna air liur / ludah itu maka jika ditelan semasa sembahyang maka batal sembahyangnya. Sayugia dijauhi meminum minuman berpewarna sebelum sembahyang).
  5. Datang hadas kecil atau besar.
  6. Datang najis atas badannya atau pakaiannya.
  7. Menambah rukun fi'li (perbuatan) dengan sengaja.
  8. Dipanjangkan rukun yang pendek seperti iktidal dan duduk antara dua sujud.
  9. Berpaling dada daripada kiblat.                                                                      (Selalu berlaku apabila memberi salam kekanan dan kiri. Akibat melebih-lebihkan perbuatan berpaling tersebut. Yang dikehendaki adalah berpaling sekadar jemaah dibelakang nampak pipi kita).
  10. Syak pada niat zuhur atau asar.
  11. Syak pada takbiratulihram.
  12. Datang murtad keluar daripada agama islam.
  13. Berdehem melainkan kerana membetul akan  bacaan yang wajib seperti fatihah.
  14. Tertawa keluar suara maka jika tiada suara tiada batal.
  15. Niat membatalkan sembahyang dengan ta'lik datang seteru umpamanya atau syak pada membatalkan akan dia.
Dan setengah daripada yang membatalkan sembahyang itu kembali ia kepada sunat kemudian daripada terpakai dengan fardhu seperti lupa tasyhahud awal umpamanya maka teringat ia kemudian daripada berdiri betul maka tiada boleh lagi kembali kepadanya kerana batal dan tetakala begitu ditampal akan dia dengan sujud sahwi seperti lupa qunut jua, wallahu a'lam.


Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 15 baris 5 dari atas.

0 comments: