MADRASAH DARUS SALAM

PENGENALAN KEPADA MADRASAH DARUS SALAM

PENGASAS MADRASAH DARUS SALAM

Tuan Guru Hj Wan Mohd Zukir Bin Wan Ismail dilahirkan pada 4 Ogos 1962 di Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Beliau memulakan pengajian secara tradisional pondok semasa berumur 16 tahun di sekitar Kemaman, Terengganu. Antaranya ialah di Taman Islam dibawah didikan Tuan Guru Hj Abdullah Soleh, murid kepada Tok Kenali.

Kemudian beliau berkampung di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan dan sempat berguru dengan Tuan Guru Hj Hashim. Semasa di Pasir Tumbuh beliau juga pergi menadah kitab dengan guru-guru di dalam dan luar Pondok Pasir Tumbuh. Antaranya ialah, Tuan Guru Hj Abdullah bin Samah Getting, Baba Sin Surathani, Hj Abdul Aziz Ismail (menantu dan murid Tok Dir Serkam), Baba Ismail Spanjang dan Tuan Guru Hj Saufi bin Said (murid Tok Guru Hj Chik Ko’diang Kedah yang berguru kepada penulis Kitab Syarah Faridah, Tuan Guru Hj Ahmad Burmin).

Beliau juga sempat mengaji dengan Syaikh Karim Al Banjari di Mekah.
Tuan Guru Hj Wan Mohd Zukir telah mula mengajar di sekitar Kuantan Pahang sehingga tertubuhnya Madrasah Darul Salam di Kampung Sri Damai, Kuantan.

Nombor Telefon Tuan Guru : 012-988 1971

Kenapa jadi begini?


Mutakhir kini berbagai perkara yang tidak layak bagi makhluk yang bernama manusia melakukannya. Kerana akal yang diberikan oleh allah. Sayangnya manusia semakin menjadi lebih kejam dari haiwan. Sanggup mencampakkan zuriat hatta anak mereka sendiri kedalam tempat yang keji. Malah ada yang lebih gila apabila sanggup membakar anak yang tidak berdosa itu. 

Apakah ini masalah yang patut dikesampingkan?. Dari bebelan harian semuanya mencemuh akan berbagai sebab yang menjadikan berlakunya perkara ini, tapi kita lupa ianya adalah kesan dari tangan kita sendiri. Semuanya bermula apabila manusia mengkesampingkan hukum dan suruhan allah. Gagal mengekang diri dari melakukan larangan allah. Inilah murka allah. Inilah bala yang menimpa semua manusia tidak kira siapa pun dirinya. Maka sedarlah kita perlu berubah kepada mengesakan allah dengan sebenar-benar esa serta ikhlas. 


Wallahu a'lam.

Ahlan WaSahlan

Akhirnya beroleh kejayaan jua dalam membangunkan blog ini.
Semoga blog ini akan menjadi satu loncatan perkongsian ilmu yang diredhai allah. Amin.