Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Dan bermula perkara yang membatalkan sembahyang itu beberapa perkara;



  1.   Berkata-kata dengan sengaja. (Maksud berkata-kata di sini adalah yang selain dari hak dan tuntutan dalam sembahyang).
  2. Terbuka aurat dan jika sedikit sekalipun.
  3. Bergerak-gerak 3 kali berturut-turut daripada anggotanya. (Anggota yang dimaksudkan adalah anggota besar. Namun jika menggerakkan anggota sekalipun dengan qosad bermain-main maka batal sembahyangnya).
  4. Makan atau minum dan jika sedikit ia sekalipun. (Yang dikatakan sedikit sekalipun walau seperti kita menelan cebisan kayu sugi sekalipun, maka itu membatalkan sembahyang kerana diistilah sebagai makan. Masalah dengan minuman yang berpewarna, harus diambil berat. Jikalau setelah meminum minuman tersebut dan warna minuman itu masih hadir jika kira meludah, nyata pada warna air liur / ludah itu maka jika ditelan semasa sembahyang maka batal sembahyangnya. Sayugia dijauhi meminum minuman berpewarna sebelum sembahyang).
  5. Datang hadas kecil atau besar.
  6. Datang najis atas badannya atau pakaiannya.
  7. Menambah rukun fi'li (perbuatan) dengan sengaja.
  8. Dipanjangkan rukun yang pendek seperti iktidal dan duduk antara dua sujud.
  9. Berpaling dada daripada kiblat.                                                                      (Selalu berlaku apabila memberi salam kekanan dan kiri. Akibat melebih-lebihkan perbuatan berpaling tersebut. Yang dikehendaki adalah berpaling sekadar jemaah dibelakang nampak pipi kita).
  10. Syak pada niat zuhur atau asar.
  11. Syak pada takbiratulihram.
  12. Datang murtad keluar daripada agama islam.
  13. Berdehem melainkan kerana membetul akan  bacaan yang wajib seperti fatihah.
  14. Tertawa keluar suara maka jika tiada suara tiada batal.
  15. Niat membatalkan sembahyang dengan ta'lik datang seteru umpamanya atau syak pada membatalkan akan dia.
Dan setengah daripada yang membatalkan sembahyang itu kembali ia kepada sunat kemudian daripada terpakai dengan fardhu seperti lupa tasyhahud awal umpamanya maka teringat ia kemudian daripada berdiri betul maka tiada boleh lagi kembali kepadanya kerana batal dan tetakala begitu ditampal akan dia dengan sujud sahwi seperti lupa qunut jua, wallahu a'lam.


Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 15 baris 5 dari atas.

Syarat Sah Mendirikan Jumaat (Samb)

Dan kata Sheikh Ibnu Hajar syarat sah jumaat itu, qari (betul bacaan), sah jadi imam sekalian orang yang 40 itu. Dan kata Sheikh Ramli sah jumaat dengan 'ummi' yang tiada taksir (tiada cuai) pada belajar dan jika tiada sah jadi imam sekalipun dengan syarat imam itu qari (betul bacaan). Dan jika taksir (cuai pada belajar) ia maka tiada sah dengan iktifak dua sheikh itu (Sheikh Ibnu Hjar & Sheikh Ramli) dan yang banyak pada kebanyakan didalam Tanah Jawi ini ummi yang taksir, tiada belajar dengan bersungguh-sungguh maka tiada sah jumaat. Wajib zuhur melainkan jika taklid kepada kaul yang mencita ia dengan sah jumaat kurang daripada 40. Dan dipilih oleh imam Nawawi akan kaul yang sah jumaat dengan 12 orang tetapi dengan syarat qari (betul bacaan) sekelian mereka itu, kemudian disembahyang zuhur maka sah jumaat itu atas ini kaul yang dhoif. Dan perkara jumaat yang sah dengan iktifak itu amat payah maka kerana sah ia dengan iktifak ulama.

wallahu a'lam

Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 17 baris 1 dari bawah dan  Muka surat 18 bari 1 hingga 9 dari atas.


Syarat Sah Mendirikan Jumaat

Syarat sah Jumaat itu beberapa perkara:

  1. Mendirikan Jumaat itu di dalam tempat orang banyak tetap padanya.
  2. Sempurna bilangan 40 laki-laki yang akil baligh.
  3. Mustautin sekelian mereka itu pada tempat jumaat itu.
  4. Tiada berbilang jumaat di dalam tempat itu.
  5. Tiada tiada seorang ummi yang taksir pada belajar di dalam 40 itu.
  6. Mengetahui mereka itu akan segala syarat sah jemaah dan iaitu telah lalu bilangannya.
  7. Mengetahui akan segala rukun khutbah.
  8. Mendengar mereka itu akan sekelian khutbah.
  9. Di dalam waktu zohor.
  10. Sembahyang itu kemudian daripada khutbah.
  11. Niat imam dan makmum di dalam takbiratul ihram.
  12. Mualat antara khutbah dengan sembahyang itu maka kerana inilah tiada sunat bagi imam membaca doa kemudian daripada Qamat.

Sumber: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 17 baris 9 dari bawah.

wallahu a'lam

Meratap-ratap (berbiji sabak) keatas kematian

  Dan sabda Nabi S.A.W;


Datang orang yang meratap-ratap atas mayat itu pada hari kiamat yakni pada muafakat ia seperti menyalak anjing dan ini menunjuk atas bahawasanya meratap-ratap atas mayat itu daripada dosa besar.


wallahu a'lam


Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 195, baris 5 dari atas.