Faedah Amal

(Dan tersebut) di dalam kitab البركة daripada Jaafar As Sadiq r.a. Mahfumnya; Panjangkan oleh kamu akan duduk atas hidangan serta segala saudara, maka bahawasanya masa itu tiada dikira-kirakan dia daripada umur kamu. (Dan pada hadis) makan serta segala saudara itu menyembuhkan penyakit. (Dan daripada)...

Sembahyang

(Ketahui) oleh mu akan bahawasanya orang yang meninggalkan ia akan sembahyang itu sangat besar dosanya dan satu waktu sekalipun dan jika mengerjakan akan dia didalam waktunya maka terlebih besar pahalanya, daripada amalan yang lainnya. (Dan) hukum atas orang yang tiada sembahyang itu, dibunuh akan dia...

Sambungan Faedah

(Dan daripada) Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, daripada Nabi S.A.W; Barang siapa berjalan serta saudaranya, pada satu hajat maka membaik (berbuat baik kepada saudaranya) ia, akan dia padanya. Nescaya menjadi (dijadikan oleh) Allah Taala antaranya dan antara api neraka, tujuh(7) kota. Barang...

Faedah

(Ketahui olehmu) bahawasanya datang warid daripada Nabi S.A.W, sabdanya; tiada daripada 2 orang yang bekasih-kasih pada Allah, berhadapan salah seorang daripada keduanya akan taulannya maka berjabat tangan ia. Akan dia dengan mengucap selawat keduanya atas Nabi S.A.W, tiada bercerai keduanya hingga...

Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Dan bermula perkara yang membatalkan sembahyang itu beberapa perkara;   Berkata-kata dengan sengaja. (Maksud berkata-kata di sini adalah yang selain dari hak dan tuntutan dalam sembahyang). Terbuka aurat dan jika sedikit sekalipun. Bergerak-gerak 3 kali berturut-turut daripada anggotanya....

Syarat Sah Mendirikan Jumaat (Samb)

Dan kata Sheikh Ibnu Hajar syarat sah jumaat itu, qari (betul bacaan), sah jadi imam sekalian orang yang 40 itu. Dan kata Sheikh Ramli sah jumaat dengan 'ummi' yang tiada taksir (tiada cuai) pada belajar dan jika tiada sah jadi imam sekalipun dengan syarat imam itu qari (betul bacaan). Dan jika taksir...

Syarat Sah Mendirikan Jumaat

Syarat sah Jumaat itu beberapa perkara: Mendirikan Jumaat itu di dalam tempat orang banyak tetap padanya. Sempurna bilangan 40 laki-laki yang akil baligh. Mustautin sekelian mereka itu pada tempat jumaat itu. Tiada berbilang jumaat di dalam tempat itu. Tiada tiada seorang ummi yang taksir pada belajar...

Meratap-ratap (berbiji sabak) keatas kematian

  Dan sabda Nabi S.A.W; Datang orang yang meratap-ratap atas mayat itu pada hari kiamat yakni pada muafakat ia seperti menyalak anjing dan ini menunjuk atas bahawasanya meratap-ratap atas mayat itu daripada dosa besar. wallahu a'lam Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat...

10 Syarat sah berjemaah

Dan syarat sah sembahyang jemaah itu sepuluh.  Niat mengikut dengan imam didalam takbiratulihram atau kemudian daripadanya tetapi dahulu dari pada rukuk. Takhir takbir makmum daripada sekelian takbir imam atau mubalig. Jika tiada mendengar ia akan takbir imam seperti di dalam Masjidil...

Menziarah Makam Nabi S.A.W

Dan riwayat dari Katni rahimullahitaala; Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda: Mahfumnya: Barang siapa ziarah akan kubur ku (Makam Nabi S.A.W), adalah aku menjadi syahid (Menyaksi) dan mensyafaatkannya dan barang siapa mati di dalam salah satu dari dua Haramain (2 Tanah Haram) yakni tanah haram...

Azab Kubur

Dan sabda Nabi S.A.W, jikalau bahawasanya segala anak Adam mengetahui mereka itu akan azab kubur nescaya tiada memberi manfaat akan mereka itu kehidupan pada dunia. Maka minta berlindung oleh mu kepada Allah Al Karim daripada seksa kubur yang sangat berat. (Dan pada hadis) yang Hasan bagi Hakim daripada...

Keras Hati

Kerasnya hati manusia adalah kerana beberapa sebab yang dilakukannya seharian tanpa disedari manusia itu sendiri. Oleh itu apakah yang menyebabkan hati kita menjadi keras dalam menerima kebenaran dan nur islam.Kerasnya hati manusia adalah kerana adanya kesenangan dalam hati setiap insan. Tanda bila...

Mutiara Kata

Orang mukmin memandang dosa seperti bukit yang hendak menimpa dirinya. Orang munafik memandang dosa seperti lalat yang hinggap dihidungnya. wallahu a'...

Apabila mati orang Alim.

Sabda Nabi S.A.W Apabila mati orang alim, menangis atasnya oleh ahli 7 petala langit dan 7 petala bumi. Yakni yang lain daripada anak adam, 70 hari. wallahu a'lam Rujuk: AlJauharu Mauhub Waminbihatulqulub. Mukasurat 175. Baris 12 dari baw...

Untuk Melembutkan Hati

Untuk melembutkan hati kena amal 9 perkara. 1. Membaca Al Quran dengan Tadabbur (baca dengan fikir / memerhati /faham). 2. Mengosongkan perut / kurangkan makan dan minum. 3. Beribadah di tengah malam. 4. Hinakan diri kepada Allah (dengan berdoa pada waktu sahur). 5. Memperbanyakkan  berhimpun...

Menyebut Mati.

Kata Qurtubi di dalam tazkirahnya;"Barang siapa membanyakkan menyebutkan mati, dimuliakan akan dia dengan 3 perkara:" 1.  Segera taubat.2.  Qonaa' yakni memadai dengan barang yang datang daripada allah.3.  Gemar dan rajin pada mengerjakan ibadah. Dan barang siapa lupa menyebutkan mati...

Cukupkah untuk kita.......

Persoalan yang amat berat untuk setiap insan di dunia ini.... Adakah telah cukup amal ibadah kita untuk dipersembahkan kepadanya nanti. Adakah sudah cukup sempurna ibadah kita samada zahir atau batin. Inilah perkara UTAMA paling patut kita fikirkan setiap kali hela nafas demi nafas kita hembus dan...

JEMPUTAN

JEMPUTAN KE MAJLIS MAULIDUR RASULKEPADA SEMUA KAUM MUSLIMIN,DENGAN SEGALA HORMATNYA KAMI MENJEMPUT SAUDARA SEMUA KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL Tarikh13 MAC 2010M27 ROBIUL AWAL 1431H TempatMADRASAH...

DALIL DAN BUKTI SUNAT

DALIL DAN BUKTI SUNAT MEMBUAT SAMBUTAN MAULIDURRASUL Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas saiyidina Muhammad, Keluarga dan Sahabatnya sekelian…Kami kemukakan dalil-dalil bagi masaalah Maulidurrasul didalam...