Faedah Amal

(Dan tersebut) di dalam kitab البركة daripada Jaafar As Sadiq r.a.

Mahfumnya;

Panjangkan oleh kamu akan duduk atas hidangan serta segala saudara, maka bahawasanya masa itu tiada dikira-kirakan dia daripada umur kamu.

(Dan pada hadis) makan serta segala saudara itu menyembuhkan penyakit.

(Dan daripada) Nabi S.A.W barang siapa menolak (menutup) daripada kemaluan (aib) saudaranya dengan ghaib (tiada hadir disitu akan saudaranya) sebenarlah atas Allah Taala bahawa merdekakan dia dari api neraka.

(Dan sabda Nabi S.A.W) barang mana hamba berkata

 لااله الا الله الحليم الكريم سبحان ربالعرش العظيم الحمد الله رب العالمين

sebenarlah atas Allah Taala bahawa diharamkan dia dari api neraka.

(Dan daripada Nabi S.A.W) barang siapa berkata pada pagi-pagi 

لااله الا الله والله اكبر

dimerdekakan dia (oleh) Allah Taala daripada api neraka.

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 202, baris 3 dari atas hingga baris 10 dari atas.





Sembahyang

(Ketahui) oleh mu akan bahawasanya orang yang meninggalkan ia akan sembahyang itu sangat besar dosanya dan satu waktu sekalipun dan jika mengerjakan akan dia didalam waktunya maka terlebih besar pahalanya, daripada amalan yang lainnya. (Dan) hukum atas orang yang tiada sembahyang itu, dibunuh akan dia jika tiada mau taubat daripadanya dan tiada boleh bersahabat debgab dia dan tiada boleh makan minum bersama-sama dengan dia dan jika mati ia, maka tanam akan dia pada tempat yang asing daripada kubur orang yang sembahyang dan kena siksa waktu matinya dam siksa didalam kubur dan kena siksa di dalam neraka yang tiada terhingga sakit seksanya itu dan kena siksa di padang Mahsyar didalam panas hingga mendidih kepalanya seperti periuk atas api.

Wallahu a'lam

Rujuk: Makjmuk Thalatha Rosail. Muka surat 18 baris 7 dari bawah hingga muka surat 19 baris 1  dari atas.




Sambungan Faedah

(Dan daripada) Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, daripada Nabi S.A.W; Barang siapa berjalan serta saudaranya, pada satu hajat maka membaik (berbuat baik kepada saudaranya) ia, akan dia padanya. Nescaya menjadi (dijadikan oleh) Allah Taala antaranya dan antara api neraka, tujuh(7) kota. Barang yang antara satu kota dan satu kota itu sperti barang yang antara langit dan bumi.

(Dan tersebut) didalam kitab طبكات الأنقياء daripada Nabi S.A.W; barang siapa mengucap Takbir pada tatkala masuk matahari atas tepi laut (matahari mulai terbenam) dengan mengangkat suaranya, nescaya diberi (oleh) Allah Taala daripada pahala dengan membilang-bilang titik air laut akan sepuluh (10) kebajikan dan dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kejahatan dan diangkat baginya sepuluh (10) darjat.


Wallahu a'lam

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 201, baris 7 dari bawah hingga habis muka surat.


Faedah

(Ketahui olehmu) bahawasanya datang warid daripada Nabi S.A.W, sabdanya; tiada daripada 2 orang yang bekasih-kasih pada Allah, berhadapan salah seorang daripada keduanya akan taulannya maka berjabat tangan ia. Akan dia dengan mengucap selawat keduanya atas Nabi S.A.W, tiada bercerai keduanya hingga diampun akan dosa keduanya (dosa kecil) barang yang terdahulu daripadanya dan barang yang terkemudian. 

Dan pada hadis Bukhari daripada Nabi S.A.W, barang siapa sembahyang dahulu daripada zohor 4 rakaat dan kemudian daripadanya 4 rakaat, diharamkan dia (oleh) Allah Taala daripada api neraka.

Dan daripada Nabi S.A.W, barang siapa sembahyang 4 rakaat kemudian daripada gelincir matahari, membaikkan bacaannya dan rukuknya dan sujudnya, sembahyang sertanya 70 ribu malaikat dan meminta ampun mereka itu (malaikat) baginya hingga malam.

Wallahu a'lam

Rujuk: Al Jauharu Mauhub Waminbihatul Qulub. Muka surat 201, baris 9 dari atas hingga baris 18 dari atas.